Kembali bernyawa

0 comments

5 tahun 2 hari genap aku tinggalkan blog ini. Sepi, tiada jenguk langsung. Walaupun ads Nuffnang masih berjalan, namun aku langsung tidak mempedulikan rutin harian aku sejak 5 tahun lepas. Setelah post penyesalan aku tentang dunia kejururawatan (ketika itu aku masih lagi seorang pelatih jururawat masyarakat). Cerita nya di sini. Aku meneruskan kehidupan yang aku pilih dengan penuh suka duka. Sepanjang 5 tahun, aku berkeluarga, mempunyai 2 orang cahaya mata, di tambah lagi dengan 3 orang yang sebelumnya. Kehidupan aku normal, kembali normal. Aku memjumpai sebab untuk aku terus melangkah. Aku jumpa sumber kekuatan. ANAK. Dan kerana anak itu aku tidak mahu melarikan diri lagi dari perit kehidupan. 

Selama 5 tahun ini, kerjaya aku ada suka duka, seperti yang aku lalui zaman pelatih, itulah yang aku hadapi di alam kerjaya ini. Dimaki, dimarah, dikerah, namun, setiap selingan itu, aku mula belajar untuk berpura pura agar suasana kerja tidak bertambah teruk. Ahhhh.. aku mulai penat, sehingga akhirnya, aku bekerja hanya sekadar bekerja. Passion aku hilang. Aku semakin hilang minat. Pun begitu, aku berjumpa dengan orang orang yang hebat sepanjang perjalanan kerjaya aku, Director General, Timbalan Kementerian Kesihatan, Doktor doktor pakar, antaranya DARK, dan ini semua kerana perkenalan aku dengan Anwari Hamzah dan Bel Nawhen. Namun, aku masih tidak gembira dengan kerjaya aku sekarang. Aku dalam persimpangan. Lalu, aku kembali tersadai di sini. Aku tidak mampu meluahkan rasa hati kepada teman hidupku. Bahkan aku tidak mampu melakarkan kata pada muka buku. Aku mulai pandai menjaga hati orang orang di sekeliling aku. Namun, aku masih bersedih.

3 tahun setengah aku berjuang dengan title JM, aku mendapat tawaran untuk kenaikan pangkat. Dipendekkan cerita, sebenarnya setelah 3 tahun, namun disebabkan anugerah Allah menyapa tanpa disangka menyebabkan aku menangguhkan peluang yang ada. Cahaya mata aku yang kedua, kehadirannya memang tidak aku duga. Disaat aku mula merasa bangga, kerana aku di antara junior yang mampu merebut peluang untuk ke atas lagi, cita cita aku dihenyak oleh cinta. Aku mengalah, lalu, aku memohon penangguhan. Allah uji, penangguhan aku diluluskan, namun, penempatannya jauh ke selatan. Aku kembali pening, lalu aku mencuba nasib untuk meminta penempatan di barat, di mana anak lelaki tiri sulung aku berada di sana. Aku ingatkan semua nya tidak berjaya. Aku bulatkan tekad, aku tidak mahu melanjutkan lagi pelajaran. Lalu, sekali lagi hati yang rapuh ini di uji. Hari ini, 4/12/2017, ada hamba Allah menghantar gambar kepada ku melalui WhatsApp, gambar surat penempatan latihan aku. Permohonan aku diluluskan.

Bayangkan, aku melalui fasa permohonan di Spa8i, aku lepas temuduga, aku diluluskan untuk membuat penangguhan, dan sekarang, permohanan untuk penukaran penempatan pun diluluskan. Lalu, air mata aku berderai tanpa aku minta, tanpa aku sedar. Aku menangis! Aku sedih! Apa pun pilihan aku, akan ada yang terluka. Dan yang nyata, aku juga merupakan salah seorang yang terluka itu. Aku buntu, ditelan mati mak, diluah mati bapak. Bukan aku tidak sayang akan keluarga, namun hati aku ingin lagi mengejar cita cita. Aku tidak mahu diperlekehkan, aku tidak mahu dimaki, dimarah, dikerah walau aku tahu, beban dan tanggungjawap aku mungkin akan bertambah. Atau munginkah aku akan menyesal suatu hari nanti kerana melepaskan peluang ini? Atau aku akan menyesal kerana tidak mengambil peluang yang ada.

Aku ibarat burung yang punyai sayap, namun aku tidak mampu terbang. Pintu sangkarku terbuka, namun kaki ku terkunci. Aku bercita tinggi, namun aku tidak mampu untuk melukakan cinta. Masih aku ingat, ketika aku berada dalam latihan, keluarga ku datang ke tempat latihan aku untuk bercuti, manakala aku pula sedang merebut peluang untuk menjadi calon wakil zon selatan ketika itu. Dan aku haloba, sesungguhnya aku inginkan kedua duanya.

Setelah 13 hari aku biarkan draft ini sekadar draf, hari ini aku memilih untuk menyambung belajar. sudah tentu dengan restu, walaupun aku rasa restu itu pon sebenarnya 50 50. Dan, hati aku bertambah duka, aku kena tinggalkan yang sulung ku, Adul baru berusia 3 tahun 5 bulan ketika ini, dan Aidan ku, baru berusia 3 bulan menjelang 21 Disember ini nanti. Sedikit terkilan, kerana aku tahu, aku kena berhenti breastfeed Aidan, sedangkan kakaknya aku breastfeed sehingga usia nya 2 tahun genap. Sedikit terkilan, bila aku terpaksa meninggalkan bau masam Aidan selama 1 tahun, lalu aku terbayang, tangisannya meminta susu, tangisannya mencari pelukan aku saban malam, seperti mana ketika kakaknya aku tinggalkan setiap kali kerja malam dahulu. Ya Allah, kuatkan lah hati aku. Dan aku harap, Adul melupakan moment di mana aku pergi meninggalkannya, aku harap dia akan ngat moment moment bahagia saja. Aidan, aku doakan sepanjang ketiadaan aku, jadi budak baik sayang. Minumlah susu dari botol, tidur lah tanpa banyak ragam, umi berjanji sedaya upaya umi untuk datang kepada mu setiap hujung minggu. Orang luar tidak akan tahu bagaimana merintihnya hati aku kala ini. Aku sedih, dalam masa yang sama aku tidak mahu melepaskan cita cita emi kepentingan bersama. 1 tahun saja. Tabahkanlah hati aku, kuatkan jiwa aku. 1 tahun saja. Membesarlah dengan sihat, Alya dan Aidan. Janganlah banyak karenah ketika ketiadaan ku, jangan lah demam, jangan lah sakit ketika aku tiada. Lupakan apa yang kamu lalui, semoga tahun 2019 nanti akan memberi banyak masa dan peluang untuk kita.

Maafkan umi,  kerana memilih jalan ini. Umi ingin melihat kamu membesar di depan mata, memeluk setiap inci tubuh kalian, namun, demi kepentingan kita bersama di masa depan, setahun ini, maafkanlah umi. Umi bukan ingin melarikan diri, umi ingin menjadi yang terbaik dengan setiap peluang yang ada. Maafkan aku, cinta.






Continue Reading...


 

Sharing Is Caring

Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors